Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam
Kelas ‘A’ di bawah Kepala I, Sub-Kepala 1 dan Kepala II, Sub-Kepala 1, 2 (a) dan 5, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G7, terbukti berpengalaman menyiapkan dengan jayanya kerja-kerja pembinaan bangunan bernilai tidak kurang daripada RM 25 juta bagi satu (1) kontrak dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 60 “ANIMAL PRODUCTION UNITS” (APUs) DAN KEMUDAHAN BERKAITAN UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK AGROPOLITAN PEKAN (PAP) PAHANG DI ATAS TAPAK KAWASAN 5&7 DI BATU 8, MUKIM BEBAR, DAERAH PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Penender-penender yang berminat memasuki tawaran ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat Projek serta lawatan tapak yang akan diadakan pada 18 Februari 2010. Penender-penender juga dikehendaki untuk memaklumkan kehadiran ke taklimat projek dengan menghubungi Majlis Pembangunan ECER di talian 03-2035 0020/21. Taklimat projek akan diadakan seperti berikut:
Tempat: MAJLIS PEMBANGUNAN ECER, Pejabat Negeri Pahang, No. B8002,
Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu: 11.00 pagi
Hanya penender yang menghadiri taklimat projek dan lawatan tapak sahaja layak membeli Dokumen Tender ini.
Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat mulai 08.30 pagi hingga 04.30 petang di pejabat MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang mulai 23 hingga 25 Februari 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila muat-turun dokumen tender di bawah, atau hubungi Sekretariat ECER di talian 03-2035 0021/22.