home | media room career faq links sitemap | contact us    
 
   ABOUT ECER    MASTER PLAN     ECONOMIC CLUSTERS    KEY ENABLERS    DEVELOPMENT COUNCIL  
Tender Notices

Offer No: ECERDC/INF/2010/T-038
Title: CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA RAWATAN AIR PANCHING, KUANTAN, PAHANG
Date Published: 3/9/2010 4:56:23 PM
  Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas 'A' di bawah Kepala III Sub-Kepala 4 & 6 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan Gred G7, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta terbukti berpengalaman menyiapkan projek pembinaan loji rawatan air bernilai tidak kurang daripada RM 50 juta dalam satu projek dalam tempoh 15 tahun terdahulu dan projek pembinaan bernilai tidak kurang dari RM 100 juta dalam satu projek dalam tempoh 15 tahun terdahulu. Sekiranya tawaran adalah dari Syarikat Usahasama (Joint Venture Company) ia mesti mematuhi segala syarat di atas di mana `Lead Partner' mestilah berpengalaman menyiapkan projek pembinaan loji rawatan air seperti di atas, manakala untuk Syarikat Usahasama yang lain hendaklah berdaftar dengan PKK di dalam Kelas `A' dan CIDB dengan Gred G7 dan secara keseluruhannya Syarikat Usahasama tersebut berdaftar dengan PKK di dalam Kelas `A' di bawah Kepala III Sub-Kepala 4 & 6, serta berdaftar dengan CIDB dengan Gred G7, dan SPAN dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi membina dan menyiapkan kerja-kerja rawatan air Panching, Kuantan, Pahang.
 
Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat 8.30 pagi hingga 4.30 petang daripada MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECERDC), Pejabat Kuala Lumpur, Aras 69, Menara 2, Menara Kembar PETRONAS, 50088 Kuala Lumpur dan Pejabat ECERDC Negeri Pahang, B8002 Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang mulai 15 hingga 17 Mac 2010.
 
Petender-petender yang berminat memasuki tawaran ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat projek serta lawatan tapak yang akan diadakan pada 12 Mac 2010. Taklimat projek akan diadakan pada jam 11.30 pagi di Pejabat ECERDC Negeri Pahang seperti alamat di atas dan lawatan tapak pada jam 2.30 petang. 
 
Hanya petender yang menghadiri taklimat projek dan lawatan tapak sahaja layak membeli Dokumen Tender ini.
 
Petender dikehendaki membawa sijil asal Pendaftaran PKK dan CIDB di dalam kelas dan gred pendaftaran yang berkaitan dan satu salinan sijil-sijil tersebut semasa lawatan tapak dan pembelian Dokumen Tender.
 
Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri serta ditulis di sudut atas kiri No. Tender dan Tajuk Projek seperti di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum 3.00 petang pada 15 April 2010 di Majlis Pembangunan ECER, Aras 69, Menara 2, Menara Kembar PETRONAS, 50088 Kuala Lumpur.
 
Maklumat lanjut mengenai pelawaan tender ini boleh diperolehi dengan memuat-turun dokumen dibawah.
Attachment: Download..