Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas ‘C’ di bawah Kepala II Sub-Kepala 2 (a), 5 & 7, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan Gred G4 kategori B03, B04 & B07 dan berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan (contohnya pengubahsuaian ruang pameran untuk Industri dan Pejabat Pemasaran) dan pernah menyiapkan satu (1) projek bernilai tidak kurang dari RM 2 juta dalam tempoh lima tahun yang lepas dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja seperti diatas.
Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat-pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang mulai 8 hingga 11 Februari 2010.
Penender-penender yang berminat untuk memasuki tawaran ini adalah diwajibkan menghadiri taklimat projek serta lawatan tapak yang akan diadakan pada 5 Februari 2010. Penender-penender juga dikehendaki untuk memaklumkan kehadiran ke taklimat projek dengan menghubungi Majlis Pembangunan ECER di talian 03-2035 0020/21.
Taklimat projek dan lawatan tapak akan diadakan pada 5 Februari 2010 di:
Tempat : HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURERS (MALAYSIA) SDN. BHD.,
Kompleks Automotif DRB-HICOM, Kawasan Perindustrian Peramu Jaya,
Karung Berkunci No:7,
26607 Pekan, Pahang Darul Makmur
Masa : 10.00 pagi
Untuk maklumat lanjut, sila muat-turun dokumen yang disertakan seperti dibawah.
|